AS dakwa pemimpin kanan Hamas

Iklan
Sinwar dilantik untuk menggantikan Haniyeh yang terkorban di Teheran pada Julai lalu. Foto Agensi

WASHINGTON - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pertuduhan jenayah ke atas pemimpin kanan gerakan Hamas berhubung penglibatan mereka dalam Operasi Taufan al-Aqsa pada 7 Oktober lalu.

Menerusi pengumuman pada Selasa, enam defendan itu termasuk tiga yang sudah gugur syahid iaitu bekas Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh, ketua Briged al-Qassam, Mohammed Deif dan timbalannya, Marwan Issa.

Iklan
Iklan

"Tiga pemimpin Hamas lain yang berdepan dakwaan itu ialah Yahya Sinwar, Khaled Meshaal yang berpusat di Doha dan ketua pejabat diaspora di Lubnan, Ali Baraka,” jelas kandungan dokumen tersebut lagi.

"Kesemua mereka mendapat sokongan politik dan bantuan dana daripada Iran serta Hizbullah untuk menghancurkan Israel,” kata Peguam Negara, Merrick Garland.

Iklan

Pertuduhan itu dikemukakan ketika Rumah Putih sedang menjadi perantara proses damai untuk melaksanakan gencatan senjata di Genting Gaza.

Felo di American University of Beirut, Rami Khouri menyifatkan tindakan Washington akan menjejaskan peranan mereka untuk menghentikan perang genosid di wilayah berkenaan.

Iklan

"Ia juga sengaja menuding jari menyalahkan Hamas, namun tidak mengambil tindakan sama terhadap Tel Aviv yang secara terang-terangan melakukan kezaliman ke atas penduduk Palestin,” tegasnya sambil menambah AS bukanlah 'negara perantara' yang jujur malah bersekongkol dengan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza.

Difahamkan, kes tersebut 'disimpan' sejak Februari lalu dan ketiga-tiga defendan boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman mati jika disabit kesalahan. - Agensi