KPT perluas program WBL tingkat kebolehpasaran graduan

Iklan
Zambry ketika berucap pada majlis INDex POLYCC 2024 di PUO pada Rabu.

IPOH - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperluaskan program pembelajaran berasaskan kerja atau work based learning (WBL) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, transformasi dalam sistem pendidikan tinggi itu perlu berikutan dunia mengalami pembangunan pesat yang memerlukan kemahiran baharu dalam bidang pekerjaan.

Iklan
Iklan

"Kementerian diberi tugas khas bagi merencana semula dari segi sistem pendidikan teknikal khususnya dalam konteks Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan tenaga kerja yang diperlukan dalam industri dapat diselaraskan.

"Menerusi kerjasama itu, pihak industri juga akan turut serta dalam proses pengajaran yang mana mereka akan membuka ruang praktikal untuk pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Industri Nexus POLYCC (INDex POLYCC 2024) di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, pada Rabu.

Zambry (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar PUO pada majlis INDex POLYCC 2024, pada Rabu.

Iklan

Zambry berkata, menerusi program itu, proses pembelajaran pelajar tidak hanya tertumpu di dalam kampus sebaliknya memperoleh pengalaman kerja sebelum tamat pengajian.

Tambah beliau, program itu telah dilaksanakan di Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Iklan

"Di peringkat politeknik, terdapat beberapa politeknik telah menjayakannya termasuk Politeknik Ungku Omar yang merupakan politeknik primier dalam negara.

"Ini merupakan perubahan dalam sistem pendidikan tinggi negara," katanya.

Terdahulu, Zambry menyampaikan watikah pelantikan CEO@POLYCC kepada seramai 45 pemain industri diikuti sesi pertukaran 15 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan industri.

Pada majlis sama, Yayasan Telekom Malaysia (TM) menyerahkan sumbangan bernilai RM3.5 juta kepada JPPKK melalui pelancaran TM TVET Madani @ POLYCC sebagai usaha sinergi dan kolaborasi di antara YTM dan JPPKK dalam memartabatkan institusi TVET di Malaysia.