Dedah mahasiswa dengan panduan pengurusan kewangan elak ketirisan

Iklan
Mahasiswa perlu didedahkan dengan garis panduan yang betul untuk pengurusan kewangan bagi mengelak daripada berlakunya ketirisan dalam organisasi universiti. Gambar kecil: Mohamed Yusuf Hassan

SHAH ALAM - Mahasiswa perlu didedahkan dengan garis panduan yang betul untuk pengurusan kewangan bagi mengelak daripada berlakunya ketirisan dalam organisasi universiti.

Exco Pembangunan dan Latihan Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar (Pimpin) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohamed Yusuf Hassan Roslan berkata, kumpulan tersebut juga perlu didedahkan dengan ilmu-ilmu lain berkaitan kewangan supaya mempunyai pengetahuan asas melibatkan undang-undang, pemegang taruh dan audit.

Iklan
Iklan

"Selain itu, kempen kewangan baik juga perlu diperluaskan kepada semua universiti.

"Hal ini bukan hanya memberikan pendedahan kepada mahasiswa berorganisasi, tetapi memberikan pendedahan secara keseluruhan melibatkan komuniti tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Baru-baru ini, dapatan kuiz Pantau Dana Politik mendedahkan sebanyak 73.9 peratus responden bersetuju parti politik perlu lebih telus mengenai sumber dana, sekali gus membuktikan sokongan awam yang kuat terhadap pendanaan politik.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Dr Tricia Yeoh berkata, hasil dapatan kuiz dibentangkan pada Disember 2023 itu merupakan usaha dalam mengukur pemahaman awam mengenai keperluan mendesak untuk menggubal akta pendanaan politik di negara ini.

Iklan

Ujar Mohamed Yusuf Hassan, pelaksanaan Akta Pendanaan Politik penting kerana dapat mengubah landskap kepimpinan pemimpin pelajar dalam politik.

Menurutnya, melalui akta tersebut, golongan pelajar juga berupaya untuk mempelajari kemahiran mengenai pengurusan strategik kewangan.

"Tanpa akta ini, kita khuatir banyak kemudaratan dari kebaikan sedangkan kita mahu pemerkasaan mahasiswa yang di bawah oleh pihak KPT dapat berjalan dengan lancar.

"Bukan itu sahaja, bahkan melalui akta ini, mahasiswa dapat belajar bagaimana untuk rujuk pada ketetapan ditetapkan.

"Kesannya, mereka akan lebih berhati-hati dalam pengurusan kewangan. Kalau tidak, mereka bakal mendapat penalti atau kesalahan kerana apa-apa sekalipun pasti ada undang-undang,” ujarnya.