E-voting mampu tingkatkan peratusan keluar mengundi
Iklan
SHAH ALAM - Penggunaan sistem e-voting atau pengundian dalam talian mampu meningkatkan kadar keluar mengundi daripada antara 60 hingga 75 peratus sekarang kepada lebih 90 peratus pada masa depan.
Penganalisis politik, Dr G Manimaran berkata, penggunaan sistem e-voting juga dijangka menjimatkan kos pengurusan dan pengendalian pilihan raya yang mungkin meningkat lebih RM1.3 bilion pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.