Fedigero bangga semangat melawan Azkals

Iklan
Pemain Azkals, Sandro Miguel Eyes diasak dua pemain Harimau Malaya, Syamer Kutty dan Nooa Laine dalam aksi separuh akhir Pestabola Merdeka di Bukit Jalil. Foto FAM

SEMANGAT melawan hingga minit terakhir pemain-pemain Filipina ketika tumbang 1-2 kepada Malaysia dalam perlawanan separuh akhir Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil mendapat pujian.

Malah pengendali Filipina, Norman Fedigero percaya barisan pemain The Azkals telah menampilkan persembahan terbaik sepanjang 90 minit permainan ketika menekan anak buah Pau Marti Vicente.

Iklan
Iklan

"Pelan kami adalah mencari gol awal dan ia tercapai, malah peluang keemasan muncul di minit pertama.

"Kita cuba sedaya upaya walaupun penalti diberikan kepada Malaysia. Pasukan saya tetap menekan kubu tuan rumah hingga wisel penamat," katanya ketika sidang akhbar selepas perlawanan.

Iklan

Perlawanan yang disaksikan 15, 800 dimulakan dengan jaringan Jefferson David Tabinas minit keempat bagi membolehkan The Azkals berada di depan.

Harimau Malaya kemudian menyamakan kedudukan menerusi Mohammad Syamer Kutty Abba minit ke-43 sebelum Safawi Rasid mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir pasukannya dengan gol penalti minit ke-73.

Iklan

Azkals akan berdepan Tajikistan dalam perlawanan penentuan ketiga keempat Aha ini selepas The Crowns kendalian Gela Shekiladza tewas 0-1 kepada Lubnan hasil jaringan Jihad Ayoub minit ke-13.