VLADIVOSTOK - Perdagangan antara Rusia dan Malaysia hampir mencecah AS$3.5 bilion (AS$1= RM4.3505) dan mempunyai peluang luas untuk mengembangkannya, kata Presiden Rusia Vladimir Putin.
Menurut Kremlin.ru, Putin dilaporkan berkata, Rusia dijangka mencari titik hubungan baharu dengan ASEAN apabila Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2025.