CARACAS - Menteri Luar Venezuela menyifatkan tindakan Amerika Syarikat (AS) merampas pesawat Presiden negara itu Nicholas Maduro sebagai tindakan lanun dan satu contoh arahan berasaskan peraturan.
Dalam kenyataan pada Rabu, Kementerian Luar berkata, ia satu tindakan yang seolah-olah tidak mengendahkan undang-undang antarabangsa.
Iklan
Iklan
Para diplomat Venezuela menyatakan pihak berkuasa AS sekali lagi menggunakan tindakan jenayah yang disifatkan sebagai tindakan lanun, dengan menyita secara haram sebuah pesawat yang digunakan presiden republik itu.
Agensi berita TASS melaporkan, AS mewajarkan tindakan mereka dengan langkah bersifat memaksa secara unilateral dan haram dilakukan di seluruh dunia.
Kementerian itu menambah, Venezuela mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan kerugian yang dialami kepada negara itu selain kerugian lain disebabkan dasar jenayah terhadap langkah bersifat memaksa secara sebelah pihak itu.
Sebelum ini, CNN yang memetik sember melaporkan, AS menyita pesawat Maduro, bernilai AS$13 juta dan melencongkannya ke Florida dari Republik Dominica di mana ia berada untuk beberapa bulan lalu.
Artikel Berkaitan