KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama di sesi Plenari Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF 2024) di Vladivostok, Rusia, hari ini.
Menurut poster yang dimuat naik ke akaun Facebook beliau, sesi berkenaan yang dijadualkan bermula pukul 1 tengah hari waktu Malaysia akan turut disusuli dengan sesi soal jawab.