Lelaki ditemukan rentung dalam bilik tidur

Iklan
Mayat lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Assumption,pada Khamis.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Assumption, di sini pada Khamis.

Mangsa, Liew Hoong Kwee, 55, ditemui terbaring di dalam bilik tidurnya.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan 1, Mohd Faizwan Che Amat berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran daripada orang awam kira-kira jam 1.28 pagi.

"Kebakaran membabitkan satu unit rumah kelas B berkeluasan 40 x 50 kaki persegi yang mana ia berlaku di bilik tidur.

Iklan

"Terdapat seorang mangsa dan telah ditemui dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian,"katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Mohd Faizwan berkata, mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan dan turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berhampiran.

Iklan

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan oleh pasukan forensik kebakaran bagi mengenal pasti punca kejadian.