Jauhi kawasan tanah jerlus Jalan Masjid India - Polis

Iklan
Lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India masih dalam kawalan pihak polis. Gambar kecil: Rusdi

KUALA LUMPUR - Polis memberi amaran kepada orang awam agar tidak menghampiri, meninjau dan membuat kandungan media sosial di kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India dekat sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk menempatkan anggota berkawal di kawasan terbabit supaya kerja-kerja agensi lain tidak terganggu.

Iklan
Iklan

"Kita tidak mahu orang ramai pergi meninjau dan buat ‘content’ TikTok di kawasan tanah jerlus terbabit, kalau boleh jauhi terus tempat itu.

"Kita ingatkan orang ramai bahawa tempat ini masih dalam kawalan pihak polis dan jangan bahayakan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Iklan

Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, seorang pelancong dari India, G Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh akibat kejadian tanah jerlus ketika berjalan kaki di lokasi terbabit.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita terbabit bermula sejak 23 Ogos dan ditamatkan sembilan hari kemudian selepas kerajaan mengkaji semula laporan daripada semua agensi berkaitan operasi berkenaan.

Iklan

Berhubung isu tanah runtuh di Wangsa Maju, Rusdi berkata, kerja ujian tanah sedang dibuat sebelum proses memasang cerucuk dilakukan disepanjang tebing yang terlibat.

"Sebelum ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah keluarkan notis kepada 14 rumah terlibat dikosongkan, manakala tiga rumah boleh diduduki,” katanya.

Seramai 52 penghuni di 17 unit kediaman rumah teres yang terletak di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardieburn di sini telah diarahkan berpindah susulan tanah runtuh yang berlaku pada 22 Ogos lalu.