Heret ibu bapa ke mahkamah jika benarkan kanak-kanak memandu

Iklan
Anthony Loke (kiri) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Sektor Penerbangan Malaysia (MADB), di Putrajaya pada Khamis. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Ibu bapa atau penjaga dan pemilik kenderaan akan diheret ke mahkamah sekiranya membenarkan kanak-kanak bawah umur memandu kenderaan.

Tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, ia bagi memastikan mereka tidak lalai dengan bertanggungjawab masing-masing.

Iklan
Iklan

"Kes seperti ini bukan kali pertama dan ia sangat membahayakan.

"Kita tidak boleh dakwa kanak-kanak tersebut, tapi ibu bapa kena bertanggungjawab.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan kanak-kanak lelaki yang dikesan memandu sebuah kereta milik ibu bapanya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian di Seremban.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dipercayai memandu kereta jenis Toyota Corolla bersama penumpang yang juga jirannya berusia sembilan tahun.

Iklan

Ia kemudiannya terbabas ketika melalui selekoh sebelum merempuh sebuah van yang diparkir di bahu jalan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39(1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.