BEAUFORT - Taktik pengedar dadah cuba menyeludup syabu ke pulau bebas cukai Labuan menggunakan feri gagal apabila kegiatan mereka berjaya dihidu polis dalam kejadian di Terminal Feri Menumbok, di sini pada Selasa.
Dalam dua serbuan berasingan itu membawa kepada rampasan syabu bernilai RM50,000 yang didalangi lima individu berusia antara 20 hingga 30 tahun.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah berkata, serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Beaufort.
"Susulan tangkapan tersebut dan hasil soal siasat terhadap kedua-dua suspek telah membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah sewa di Beaufort dengan menahan tiga individu termasuk seorang wanita bersama 98.71 gram syabu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Katanya lagi, kesemua tangkapan di bawa ke IPD Beaufort untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Jumlah keseluruhan syabu yang dirampas adalah sebanyak 507.54 gram dengan nilai pasaran berjumlah RM50,000," katanya.
Artikel Berkaitan