Edar dadah 'berperisa' di pusat hiburan

Iklan
Ahmad Sukarno (tengah) menunjukkan antara bungkusan disyaki berisi dadah yang dirampas polis dalam serbuan pada 30 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR - Kegiatan mengedar dadah yang dicampur dengan perisa minuman di pusat hiburan ibu negara tumpas dalam serbuan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dua suspek berusia 31 dan 33 tahun termasuk seorang wanita diberkas kira-kira jam 9.50 malam di hadapan sebuah residensi di Jalan Ipoh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, serbuan pertama ini telah merampas lima peket disyaki mengandungi dadah jenis MDMA.

"Soal siasat kemudian membawa serbuan di dua unit residensi terbabit dan berjaya merampas 144 kotak, 558 peket serta empat plastik lut sinar berisi serbuk MDMA seberat kira-kira 48.7 kilogram (kg).

Iklan

"Pemeriksaan juga menemui dua peket plastik lut sinar disyaki ketamin seberat 103.75 gram serta 16 biji eramin 6," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Khamis.

Polis merampas pelbagai peket disyaki berisi dadah bernilai lebih RM50,000 susulan tangkapan dua suspek di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.

Tambahnya, kesemua nilai dadah berjumlah RM59,542.

Iklan

Dalam pada itu, katanya, polis turut merampas dua komputer riba, enam telefon bimbit dan seutas jam tangan selain wang tunai RM1,543 hasil aktiviti pengedaran dadah.

Beliau berkata, suspek dipercayai menyewa unit residensi itu dengan bayaran RM1,600 sebulan dan telah aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di pusat hiburan sekitar Kepong sejak enam bulan lepas.

"Siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti ahli sindiket dan sumber dadah diperoleh.

"Kedua-dua suspek yang positif dadah itu telah direman tujuh hari sehingga 6 September dan akan dibuat permohonan sambungan reman bagi siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.