TDM tumpas aktiviti seludup kerbau, lembu lebih RM75,000

Iklan
TDM berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan haiwan ternakan dengan rampasan kerbau dan lembu pada Rabu. - Foto: TDM

TANAH MERAH - Tentera Darat (TDM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan haiwan ternakan melibatkan sembilan kerbau dan seekor lembu di sempadan Malaysia-Thailand pada Rabu.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kegiatan penyeludupan haiwan ternakan itu berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) pada jam 6.15 petang.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, pasukan berkuasa sebelumnya mengesan dua lelaki leka menyeludup haiwan ternakan di tebing Sungai Golok berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

"Suspek membawa masuk haiwan ternakan dari sebelah sempadan Thailand ke sebelah Malaysia dengan merentasi Sungai Golok menggunakan kaedah merentangkan tali di antara kedua-dua belah tebing sungai.

Iklan

"Ketika diserbu, kedua-dua suspek melarikan diri dengan menyeberangi Sungai Golok ke arah Thailand dan meninggalkan sembilan kerbau dan seekor lembu di sempadan sebelah Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, penyeludup turut meninggalkan sebuah motosikal dan beberapa barangan peribadi termasuk kadpengenalan diri (MyKad) dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lalang Pepuyu, Tanah Merah.

Iklan

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM78,705 dan kesemua haiwan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

"Kes penyeludupan ini akan disiasat oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya.

Sepanjang tahun ini TDM merekodkan tiga kes rampasan haiwan ternakan membabitkan 69 ekor lembu pada 16 Jun dan 17 lembu pada 19 Ogos lalu di kawasan berhampiran antara satu sama lain.

"TDM juga merakamkan penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan seperti JKDM serta Jabatan Veterinar Negeri Kelantan kerana memberikan kerjasama yang baik dalam menguruskan kes penyeludupan haiwan ternakan,” ujarnya.