Ibu parah, anak cedera dalam nahas dua kenderaan di Tampin

Iklan
Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 32 Jalan Tampin-Gemas di Tampin pada Khamis.

TAMPIN - Dua parah manakala dua lagi termasuk seorang bayi lelaki cedera ringan dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 32 Jalan Tampin-Gemas di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kejadian pada jam 10 pagi itu melibatkan kenderaan jenis Perodua Bezza dinaiki tiga individu termasuk seorang ibu bersama anak lelakinya yang berusia setahun dan Proton Wira dipandu lelaki berusia 24 tahun.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Bezza dalam perjalanan dari arah Tampin menghala ke Gemas.

Ujarnya, akibat kemalangan, penumpang hadapan Perodua Bezza iaitu seorang wanita berumur 24 tahun mengalami kecederaan patah paha kanan dan pemandu Proton Wira pula mengalami kecederaan patah kaki kanan.

Iklan

"Sementara itu, pemandu Perodua Bezza bersama penumpang belakang iaitu bayi lelaki berkenaan mengalami kecederaan ringan dan kesemua mangsa menerima rawatan awal di Hospital Tampin.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin (IPD) Tampin bagi membantu siasatan,"katanya.

Iklan

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.