Pengharaman atlet Israel keputusan tepat

Iklan
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

SHAH ALAM- Keputusan Malaysia untuk tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini pada kejohanan renang antarabangsa adalah tindakan yang tepat.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tindakan itu adalah pendirian konsisten sebagai tanda sokongan kepada penduduk Palestin yang dizalimi oleh Israel.

Iklan
Iklan

"Ini jauh berbeza dengan sikap lemah kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak yang membenarkan beberapa Pegawai kanan Israel menghadiri konvensyen di Malaysia pada tahun lepas.

"Ada mereka yang menyatakan sukan tidak sepatutnya di campur aduk dengan politik. Saya ingin menyatakan di sini di antara tujuan utama aktiviti sukan adalah untuk memupuk semangat persahabatan dan persaudaraan sesama rakyat berbagai negara dan bangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Terdahulu, kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.

Iklan

Sebelum itu, tindakan Malaysia yang tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan tersebut mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel hingga memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Kejohanan itu dilihat sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.