Makmal komputer SMK Bawong terbakar

Iklan
Pemadaman dilakukan menggunakan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya. Foto Bomba Perak

SUNGAI SIPUT - Makmal komputer Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong di sini terbakar dalam kejadian pada Khamis.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput pada jam 12.09 tengah hari melibatkan makmal di tingkat 4 bangunan sekolah.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

"Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 50 peratus.

Iklan

"Sewaktu kejadian sesi sekolah berjalan seperti biasa, namun tiada pelajar berada dalam makmal komputer berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pemadaman dilakukan menggunakan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.

Iklan

"Operasi dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar itu tamat pada jam 3.25 petang," katanya.