SPRM kesan Roney Irwan

Iklan
Roney Irwan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, lelaki terbabit dikenali sebagai Roney Irwan Mohamad Nor, 49, beralamat terakhir di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Syahmil Mohamad Ali di talian 03- 92065000 atau 013-4325791 serta emel kepada syahmil.ali@sprm.gov.my," katanya.