Elok mansuhkan sahaja grup WhatsApp sekolah anak

Iklan
Nampaknya grup WhatsApp telah menjadi ‘teknologi yang menyusahkan’ dan menyebabkan murid terlalu bergantung dengan ibu bapa masing-masing. Foto hiasan

BARU-BARU ini, Merak Jalanan mendengar topik dikongsi sebuah saluran radio tempatan yang bertanyakan pendapat pendengar mengenai isu wajarkah ada grup WhatsApp sekolah anak.

Agak menarik isu tersebut kerana sering juga mendengar rungutan rakan-rakan terutamanya ibu-ibu tentang grup WhatsApp tersebut kadangkala meleret dengan mesej melebih-lebih seperti mereka pula yang bersekolah.

Iklan
Iklan

Itu belum hal guru pula kena jadi ‘pengasuh khas’ anak mereka dan soalan tentang kehilangan atau insiden tertukar alat tulis. Salah seorang pendengar lantang menyokong jika grup WhatsApp sekolah dimansuhkan.

Betul juga apa yang diutarakannya. Zaman 1990-an dan 2000 dulu, kita boleh mencatat sendiri pesanan guru termasuk kerja sekolah dan jika terlupa denda pasti menanti.

Iklan

Tetapi, generasi sekarang semua mahu ibu bapa tolong tanyakan kepada guru, tolong ingatkan segala-galanya, malah pesanan tentang kerja sekolah juga dimaklumkan kepada penjaga melalui WhatsApp.

Pendengar lelaki itu ada menyebut tentang gentle parenting yang menjadi punca generasi Alpha ‘naik lemak’ dan berpendapat grup WhatsApp sekolah anak sebagai satu perkara membebankan kerana menjadikan murid kurang rasa tanggungjawab dan meletakkan hal sekolah 100 peratus di tangan ibu bapa.

Iklan

Seorang rakan Merak Jalanan pernah naik angin apabila guru anaknya menghantar mesej agak lewat pada grup WhatsApp memberi pesanan kepada ibu bapa murid supaya membawa peralatan yang disenaraikan untuk kelas lukisan pada keesokan harinya.

"Kenapa tak cakap Subuh nanti je,” rungutnya kerana terpaksa bergegas keluar mencari kad manila berikutan jam hampir 10 malam pada waktu itu.

Nampaknya grup WhatsApp telah menjadi ‘teknologi yang menyusahkan’ dan menyebabkan murid terlalu bergantung dengan ibu bapa masing-masing.