Kegagalan Telegram bendung aktiviti gelap

Iklan
Telegram dibangunkan Durov, 39, yang diberi julukan ‘Mark Zuckerberg Rusia’ atas kejayaan luar biasa aplikasi tersebut. Foto hiasan

BERITA bos Telegram, Pavel Durov kena cekup di Paris pada bulan lalu mencetuskan persoalan tentang sistem keselamatan aplikasi pemesejan kontroversi tersebut yang pertama kali diperkenalkan pada 2013 sebagai pesaing kepada WhatsApp.

Telegram dibangunkan Durov, 39, yang diberi julukan ‘Mark Zuckerberg Rusia’ atas kejayaan luar biasa aplikasi tersebut.

Iklan
Iklan

Kini, terdapat lebih 700 juta pengguna aktif aplikasi itu setiap bulan dan popularitinya kian meningkat kepada hampir 230 peratus sejak 2019.

Ketika mula terlibat projek pertama laman rangkaian sosial, VKontakte pada 2006, Durov dikatakan berdepan tekanan daripada Kremlin supaya mendedahkan data pengguna tertentu hingga dia nekad menjual saham miliknya.

Iklan

Sejak 2018, aplikasi Telegram beberapa kali berdepan sekatan di Rusia dan turut menjadi platform untuk sumber berita utama puak pembangkang Moscow menyebarkan propaganda.

Telegram dilaporkan mempunyai lebih 950 juta pangkalan data pengguna iaitu peningkatan lebih 150 juta sejak Julai 2023.

Iklan

Meskipun menghadapi pelbagai isu sensitif dan larangan baru-baru ini, popularitinya masih kukuh dan kekal popular di seluruh dunia.

Ini kerana aplikasi itu menawarkan banyak fleksibiliti dan perkhidmatan pemesejan terpantas untuk mana-mana pasaran.

Ia bagaimanapun menjadi ‘daya tarikan’ kepada mereka yang berniat jahat dan terus dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab termasuk pentaasub teori konspirasi dan puak ekstremis.

Tidak semena-mena, Telegram menjadi hab transaksi haram termasuk penyeludupan dadah, pornografi, pengubahan wang dan urus niaga pasaran gelap seperti perkhidmatan kriptografi kepada penjenayah yang semakin berleluasa meskipun dinafikan Durov.

Ia juga menjadi medium menyebarkan maklumat salah selain kumpulan sembang dan pelbagai saluran disalahgunakan bagi menganjurkan rusuhan serta protes yang memberi cabaran besar kepada sesebuah negara.

Penahanan Durov sedikit sebanyak membuktikan kegagalan Telegram untuk mengekang aktiviti haram seperti mempromosikan keganasan dan kegiatan scammer di platform tersebut.

Ketika ini, banyak negara sudah mula membuka mata tentang ancaman yang mungkin timbul daripada aplikasi pemesejan seperti Telegram dan X di bawah Elon Musk memandangkan ia mudah diakses sesiapa sahaja dan berpotensi terdedah kepada penyalahgunaan di platform itu.