Gajah jantan maut dilanggar treler

Iklan
Seekor gajah jantan maut dilanggar lori treler di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah, Kluang di sini, lewat malam Khamis.

KLUANG – Seekor gajah jantan maut dilanggar lori treler di Jalan Sri Timur, Kampung Gajah, Kluang di sini, lewat malam Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan sekitar jam 10.45 malam daripada orang awam.

Iklan
Iklan

Katanya, kejadian berlaku ketika lori trailer jenis Volvo terbabit menghala ke Kahang Timur.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, kenderaan terbabit telah melanggar seekor gajah jantan yang melintas secara tiba-tiba dari arah kiri ke kanan jalan.

Iklan

"Bagaimanapun, pemandu lori treler yang berusia 53 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," ujar beliau.

Tambah Bahrin, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bangkai gajah berkenaan telah pun dialihkan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.