Pencemaran di Sungai Pandan terkawal, tiada kes dimasukkan ke hospital

Iklan
Dr Dzulkefly (tiga, kiri) menyerahkan Sijil Pengiktirafan Premis 'Bersih dan Selamat' (BeSS) kepada wakil kedai sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Jalan Dhoby malam Khamis. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Insiden pencemaran bau yang berlaku di kawasan Sungai Pandan di sini Selasa lepas terkawal dan tidak membabitkan sebarang laporan kes penduduk dimasukkan ke hospital, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, hingga kini isu pencemaran bau itu hanya membawa kesan terhadap mangsa dengan gejala seperti batuk, pening kepala, kerengsaan atau loya.

Iklan
Iklan

"Mengenai isu pencemaran bau itu, saya difahamkan memang ada berlaku tetapi terkini semuanya terkawal dengan paras gas ammonia yang dikesan juga sudah kembali kepada base line.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut@Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Ling Tian Soon.

Iklan

Sementara itu, Tian Soon berkata, pihaknya sedang menunggu laporan hasil analisis mengenai kandungan bungkusan yang tidak dikenal pasti ditemukan di tebing anak Sungai Pandan berhampiran Taman Daya semalam.

Selasa lepas, satu pencemaran bau yang kuat dilaporkan berlaku di tiga kawasan membabitkan Taman Daya, Taman Mount Austin dan Taman Istimewa di sini.

Iklan

JAS Johor dilaporkan mengesan kehadiran gas ammonia tinggi melebihi tahap normal di kawasan Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan di sini. - Bernama