Elak cukai di Los Angeles: Hunter Biden mengaku salah

Iklan
Hunter Biden. Foto AFP

LOS ANGELES - Anak lelaki Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Hunter Biden mengaku bersalah pada Khamis terhadap sembilan pertuduhan dalam kes cukai di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.

Hunter Biden, 54, sebelum ini didakwa di California pada Disember lalu atas sembilan pertuduhan berkaitan siasatan Jabatan Kehakiman mengenai cukainya.

Iklan
Iklan

Pendakwa raya persekutuan mendakwanya mengelak pembayaran cukai berjumlah sekurang-kurangnya AS$1.4 juta (RM6 juta).

Lelaki itu sebelum ini mengaku tidak bersalah.

Iklan

Keputusan mengejut Hunter Biden untuk mengaku bersalah atas pertuduhan jenayah dan salah laku tanpa sebarang perjanjian dengan pendakwa raya dibuat hanya beberapa jam sebelum proses pemilihan juri dijadualkan bermula, lapor stesen televisyen NBC Los Angeles, dipetik Xinhua.

Hunter Biden dengan tenang mengaku 'bersalah' apabila setiap satu daripada sembilan pertuduhan dibacakan oleh hakim, menurut laporan stesen televisyen itu.

Iklan

Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum sehingga 17 tahun, namun garis panduan hukuman persekutuan dijangka mencadangkan tempoh penjara yang lebih pendek.

Hukuman dijadualkan pada 16 Disember, sejurus selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024 yang dijadualkan pada 5 November.

Pada Jun lalu, Hunter Biden turut disabitkan atas tiga pertuduhan jenayah senjata api dalam kes berasingan. - Bernama-Xinhua