MOSCOW - Kerjasama dengan Rusia, China dan India akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.
"Isu pemusatan dan penglibatan dengan Amerika Syarikat yang masih merupakan pemain utama dari segi pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia, dengan Eropah terutamanya Jerman dan lebih-lebih lagi sekarang dengan China, India dan Rusia, ini akan memberi manfaat kepada kita,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).