Polis potong bekalan elektrik premis terlibat judi

Iklan
Polis menjalankan aktiviti pemotongan elektrik di lima premis di sini yang dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen.

KLUANG - Polis menjalankan aktiviti pemotongan elektrik di lima premis di sini yang dikenal pasti menjalankan aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor, kelima-lima premis berkenaan juga didapati menjalankan kegiatan judi dalam talian secara tambah nilai.

Iklan
Iklan

"Sekitar jam 11.30 pagi Rabu, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dengan dibantu dua anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah mengenal pasti lima premis yang menjalankan aktiviti perjudian di daerah ini.

"Justeru, dalam usaha membendung permasalahan tersebut, pihak polis bersama-sama dengan agensi Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah menjalankan Op Bersepadu pemotongan bekalan elektrik.

Iklan

"Usaha pemotongan bekalan elektrik ini, dijalankan di bawah Seksyen 21A (1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 ke atas premis-premis yang terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram di daerah Kluang,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Iklan

Mereka juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang di talian; 07-7784222, direct line: 07-778425, hotline: 07-7784256 atau 014-365822.