Dua premis makanan terima anugerah

Iklan
Nor Hisham (empat dari kanan) bergambar bersama pemenang setiap kategori dalam majlis penyampaian yang diadakan di Menara DBKL baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Dua premis menerima pengiktirafan Anugerah Kebersihan Premis Makanan 2019 dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Q Bistro Bandar Sri Permaisuri KL menang tempat pertama bagi kategori premis tidak berhawa dingin, manakala Kafe Goodness Green TTDI bagi premis berhawa dingin dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pengiktirafan tersebut sebagai galakan kepada pengendali makanan meningkatkan kualiti kebersihan dan penyediaan makanan.

"Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu premis makanan berhawa dingin dan tidak berhawa dingin dengan 44 premis telah disenarai pendek.

Iklan

"Penilaiannya dilakukan oleh pihak juri terdiri pegawai dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL," katanya.

Pemenang tempat kedua dan ketiga kategori tidak berhawa dingin pula dimenangi Mosin Bistro TTDI dan Hajris Bistro Bandar Sri Permaisuri KL yang membawa pulang wang sebanyak RM2,000 dan RM1,000.

Iklan

"Sementara Restoran Jaipur Mahal Sentul menang tempat kedua dan Hadramart Kitchen Wangsa Maju di tangga ketiga bagi kategori berhawa dingin turut membawa hadiah wang tunai, sijil serta plak," katanya.

Sementara itu, tujuh hadiah saguhati turut diberikan dengan masing-masing menerima wang tunai RM500.