Individu kekurangan zat makanan akut meningkat 1.9 juta - Laporan

Iklan
Semenanjung Gaza kekal berdepan krisis makanan paling teruk dalam sejarah GRFC. Foto AFP

LONDON - Bilangan individu berdepan risiko kekurangan makanan yang melampau dengan peningkatan risiko malnutrisi akut dan kematian meningkat lebih dua kali ganda pada 2024 kepada 1.9 juta, menurut laporan yang dikeluarkan Rangkaian Global Menentang Krisis Makanan pada Khamis.

Agensi Anadolu memetik Laporan Global Mengenai Krisis Makanan (GRFC) pada tahun lalu bahawa seramai 705,000 orang dikategorikan dalam risiko 'catastrophe' (bencana) tetapi jumlah ini melonjak kepada 1.9 juta pada 2024.

Iklan
Iklan

"Ini adalah jumlah tertinggi dalam laporan GRFC, yang didorong oleh konflik di Semenanjung Gaza dan Sudan," menurut laporan itu.

Laporan itu juga mendedahkan bahawa Semenanjung Gaza kekal berdepan krisis makanan paling teruk dalam sejarah GRFC, dengan semua 2.2 juta penduduknya masih memerlukan bantuan makanan dan mata pencarian antara Mac dan April 2024.

Iklan

Di Sudan, kebuluran sedang berlaku dan dijangka berterusan sehingga Oktober 2024.

"Banyak kawasan lain di seluruh negara berisiko menghadapi kebuluran, tetapi kekurangan data menghalang analisis bagi banyak kawasan yang sukar dicapai," menurut laporan itu.

Iklan

Dianggarkan 25.6 juta orang di Sudan menghadapi tahap kekurangan makanan akut yang tinggi dari Jun hingga September, meningkat 26 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Konflik itu turut memberi kesan serius terhadap keselamatan makanan dan pemakanan serantau, dengan lebih 2 juta orang terpaksa melarikan diri ke negara jiran, terutamanya negara yang mengalami krisis makanan utama seperti Chad dan Sudan Selatan," menurut kajian itu. - Bernama-Anadolu