Rumah urut tanpa lesen diserbu

Iklan
Operasi diketuai Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama dua jabatan dalaman MBSJ.

SUBANG JAYA - Dua pusat penjagaan kesihatan yang dijadikan sebagai rumah urut dan beroperasi tanpa lesen ditutup serta-merta oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dalam satu serbuan.

MBSJ dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan diketuai Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama dua jabatan dalaman MBSJ iaitu Jabatan Pelesenan dan Jabatan Bangunan.

Iklan
Iklan

"Hasil risikan dan siasatan dijalankan di kawasan Subang Jaya, didapati dua pusat penjagaan kesihatan itu mengendalikan atau menguruskan (pusat urut) tanpa mempunyai lesen yang sah daripada MBSJ.

"Pihak terbabit melakukan kesalahan di bawah UUK 3 (4) Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan & Penjagaan Kesihatan 2013 dan boleh didenda maksimum sehingga RM1,000 jika disabitkan kesalahan," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Iklan

Berikutan itu, kedua-dua premis tersebut telah dikenakan tindakan penutupan serta tindakan sitaan

barangan berkaitan perniagaan di bawah kesalahan UUK 36 (1) Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan & Penjagaan Kesihatan 2013 dan UUK 42 (1) Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan & Penjagaan 2013.

Iklan

"Pemantauan berkala akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak atau premis yang didapati melanggar peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan," tambah kenyataan itu lagi.