PDRM tingkat penguatkuasaan menerusi kempen keselamatan jalan raya

Iklan
PDRM mengambil pendekatan berteraskan penguatkuasaan sepenuhnya dalam kempen keselamatan jalan raya kali ini.

BENTONG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pendekatan berteraskan penguatkuasaan sepenuhnya dalam kempen keselamatan jalan raya kali ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pendekatan tersebut bertujuan bagi mendidik pengguna jalan raya lebih berhemah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penguatkuasaan dan operasi akan terus dipertingkatkan di seluruh negara selain tidak akan berkompromi dengan enam kesalahan trafik utama.

"Ia juga mengurangkan kadar kemalangan biasa dan kemalangan maut di samping memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Iklan

"Aspek keselamatan jalan raya terus menjadi fokus utama JSPT dan seluruh jentera jabatan di peringkat kontinjen akan digerakkan bagi tujuan mengawal lalu lintas, risikan operasi dan pemantauan di kawasan kerap berlaku kemalangan," katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian pada pemberita sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Penyerahan Jalur Gemilang di Plaza Tol Bentong di sini pada Jumaat.

Iklan
Mohd Yusri (tiga dari kanan), Mohd Yusri Othman (dua dari kiri) dan Jasvir (kanan) ketika menyempurnakan perasmian kempen tersebut di Plaza Tol Bentong pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Mohd Yusri Othman dan Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh.

Ujar beliau, JSPT mencakupi Kenderaan Peronda Lebuh Raya (EMPV), Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR), Unit Risikan dan Operasi Kontinjen dan Daerah akan digerakkan secara optimum bagi menjayakan kempen keselamatan jalan raya.

Tegasnya, pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan enam kesalahan trafik utama antaranya memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan alat komunikasi.

"JSPT akan terus komited dalam memantau perkembangan semua jalan-jalan utama di seluruh negara bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar dan selamat sepanjang masa.

"Kita juga berharap orang ramai khususnya pengguna jalan raya dapat bekerjasama dengan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan," tambahnya.

Sementara itu, Mohd Yusri memberitahu, PDRM turut mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat dan aduan kesalahan jalan raya seperti video atau gambar.

Katanya, langkah itu supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang masih ingkar serta gagal mematuhi peraturan dan undang-undang.