Musim panas 2024 pecah rekod suhu global - Laporan

Iklan
Eropah mengalami musim panas paling panas dalam sejarah, dengan suhu meningkat kepada 1.54 darjah Celsius.

ISTANBUL - Musim panas 2024 telah menetapkan penanda aras suhu baharu di seluruh dunia, lapor Agensi Anadolu, memetik data yang dikeluarkan pada Khamis oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S).

Menurut pemantau iklim Kesatuan Eropah, suhu purata global bagi tempoh Jun hingga Ogos mencapai 0.69 darjah Celsius melebihi purata 1991-2020, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 0.66 darjah Celsius yang dicatat pada 2023.

Iklan
Iklan

Eropah mengalami musim panas paling panas dalam sejarah, dengan suhu meningkat kepada 1.54 darjah Celsius melebihi purata, melebihi rekod sebelumnya iaitu 1.34 darjah Celsius yang ditetapkan pada 2022.

Menurut laporan itu, tempoh 12 bulan dari September 2023 hingga Ogos 2024 juga merupakan yang paling panas dalam rekod, pada 0.76 darjah Celsius melebihi purata dan 1.64 darjah Celsius di atas paras pra-industri.

Iklan

Copernicus berkata anomali suhu purata global tahun sehingga kini (Januari hingga Ogos 2024) ialah 0.70 darjah Celsius melebihi purata, menjadikannya semakin berkemungkinan bahawa 2024 akan menjadi tahun paling panas dalam rekod.

"Peristiwa ekstrem berkaitan suhu yang disaksikan pada musim panas ini hanya akan menjadi lebih sengit, dengan akibat yang lebih dahsyat kepada manusia dan planet ini, melainkan kita mengambil tindakan segera untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau," kata Timbalan Pengarah C3S, Samantha Burgess. - Bernama-Anadolu

Iklan