17 murid maut dalam kebakaran sekolah di Kenya

Iklan
Sekurang-kurangnya 17 murid maut dan 13 lagi cedera parah selepas kebakaran tercetus di sebuah sekolah di Kenya pada malam Khamis.

NYERI (Kenya) - Sekurang-kurangnya 17 murid maut dan 13 lagi cedera parah selepas kebakaran tercetus di sebuah sekolah di Kenya pada malam Khamis, menurut polis tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Kebangsaan, Resila Onyango berkata, 14 murid dikejarkan ke hospital akibat melecur yang serius selepas asrama mereka terbakar di Hillside Endarasha Primary Academy, Nyeri County.

Iklan
Iklan

Seorang lagi murid meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital.

"Kami sedang menyiasat punca kebakaran dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata Onyango melalui telefon.

Iklan

Saksi berkata, satu daripada asrama yang menempatkan pelajar musnah, mencetuskan kebimbangan bahawa jumlah korban mungkin meningkat.

Pasukan penyelamat kini berada di lokasi kejadian untuk mengawal keadaan. - Bernama-Xinhua

Iklan