HONOR cabar iPhone: Magic V3 telefon lipat terhebat masa kini

Iklan

Pada satu masa, telefon lipat mungkin kelihatan seperti satu impian yang tidak tercapai. Tapi, mengapa sebenarnya teknologi ini tidak begitu popular pada mulanya? Ada dua sebab utama: Pertama, walaupun skrin lebih besar, ia tidak memberi pengalaman yang benar-benar berbeza. Kedua, untuk mencapai skrin yang boleh dilipat, pengeluar terpaksa berkompromi dengan beberapa aspek seperti berat, harga, dan ketahanan.

Namun, segalanya mula berubah. Menurut laporan dari Counterpoint Research, penghantaran global telefon pintar lipat melonjak sebanyak 49 peratus pada suku pertama 2024 berbanding tahun sebelumnya. Malah, pada suku kedua 2024, penghantaran dijangka meningkat sebanyak 113 peratus! Peningkatan ini banyak dipacu oleh pengeluar telefon pintar dari China yang berjaya membawa teknologi telefon lipat ke tahap yang lebih tinggi.

Iklan
Iklan

Perkembangan telefon lipat: Dari permulaan hingga kini

Sejak Samsung melancarkan Galaxy Fold pada 2019, telefon lipat mengalami pelbagai perubahan. Selepas enam generasi, masalah ‘gap’ yang sering dikritik akhirnya berjaya diselesaikan. Namun, isu berat dan ketebalan masih menghantui pengguna.

Iklan

HONOR pula, walaupun agak lewat dalam pasaran ini, mencuri perhatian dengan pelancaran HONOR Magic V pada tahun 2022. Kini, generasi ketiga mereka, HONOR Magic V3 muncul sebagai telefon lipat ultra ringan dan ultra nipis dan paling lasak di dunia! Dengan ketebalan hanya 9.2mm dan berat hanya 226g, ia jauh lebih ringan dan nipis berbanding flagship Samsung S24 Ultra!

Teknologi terkini: Telefon lipat semakin ke depan

Iklan

Pada mulanya, pengeluar telefon lipat hanya fokus kepada bagaimana untuk menjadikan dua skrin dalam satu peranti lebih ‘boleh digunakan’. Kini, mereka berjaya mengatasi isu berat, ketahanan, prestasi, dan sistem kamera pula menjadi tumpuan utama.

Pengguna kini mahukan telefon lipat yang benar-benar praktikal dan mesra pengguna, bukan sekadar alat untuk menunjukkan inovasi. Dan HONOR berjaya mengatasi pelbagai halangan teknikal dengan melancarkan Magic V3.

Dari segi ketahanan, HONOR Magic V3 dilengkapi dengan Engsel Super Steel HONOR Generasi Kedua, bahan engsel paling kuat dan paling nipis dalam industri. Ia memastikan ketahanan maksimum tanpa menjejaskan keanggunan reka bentuk telefon ini.

Mengapa HONOR Magic V3 menjadi pilihan terbaik?



- Reka Bentuk & Ketahanan: HONOR Magic V3 adalah telefon lipat ultra ringan dannipis di dunia. Skrin luarnya dilengkapi dengan Anti-scratch NanoCrystal Shield yang 10 kali lebih tahan calar dan jatuh. Ia juga mendapat pensijilan lima bintang dari SGS untuk ketahanan calar dan jatuh.

- Perlindungan Skrin: HONOR Malaysia menawarkan Perlindungan Skrin 365 Hari, yang membolehkan penggantian percuma skrin dalam dan luar dalam tempoh setahun.

- Kalis Air: HONOR Magic V3 juga menyokong kalis air IPX8, memberi ketenangan tambahan kepada pengguna.

Teknologi AI: Mengubah cara penggunaan telefon

HONOR Magic V3 juga tidak ketinggalan dalam teknologi AI. Dengan kerjasama Google Cloud, ia menawarkan pelbagai ciri AI seperti terjemahan langsung dengan pilihan bahasa Melayu yang disesuaikan untuk pasaran tempatan. Selain itu, ciri popular AI Eraser juga tersedia, membolehkan pengguna menghapuskan objek yang tidak diingini dalam gambar dengan mudah.

Prestasi tinggi: Tiada kompromi

HONOR Magic V3 tidak mengorbankan prestasi walaupun ia ringan dan nipis. Ia dilengkapi dengan bateri 5150mAh yang tahan sepanjang hari dan menyokong pengecasan pantas 66W serta pengecasan pantas tanpa wayar 50W. Kamera utamanya pula setanding dengan flagship lain, dengan lensa telefoto periskop 50MP untuk pengalaman fotografi terbaik.

Pengalaman pengguna yang lebih luas

Telefon lipat seperti HONOR Magic V3 menawarkan pengalaman hiburan dan kerja pejabat yang lebih baik. Anda boleh menonton filem dengan skrin yang lebih besar atau melakukan kerja pejabat ringan dengan lebih efisien.

Adakah HONOR Magic V3 layak menggantikan telefon flagship anda?

HONOR Magic V3 mungkin telefon lipat pertama yang benar-benar layak menggantikan telefon flagship biasa. Apabila dilipat, skrin luarannya sama besar dengan telefon biasa dan beratnya juga hampir serupa. Tetapi apabila dibuka, ia memberikan pengalaman penggunaan yang baru, menggabungkan fungsi telefon dan tablet dalam satu peranti.

Dengan harga yang kompetitif dan pelbagai tawaran pra-pesanan seperti stylus HONOR Magic Pencil, jam pintar Magic Watch 4, dan Pengecas Tanpa Wayar 100W, HONOR Magic V3 jelas merupakan pilihan yang sukar ditandingi. Promosi pra-pesanan ini tersedia sehingga 12 September – jangan lepaskan peluang anda!