‘Ramai tak tahu kenapa pemandu bas sekolah tular salah’ - Syed Azmi

Iklan
Syed Azmi Alhabshi. Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - Isu membabitkan seorang pemandu bas yang memuat naik rakaman video murid perempuan sekolah rendah dengan meletakkan kapsyen ‘crush’ dan ‘kesayangan’ membuka mata banyak pihak tentang seksual 'grooming' atau pengantunan.

Aktivis kemanusiaan, Syed Azmi Alhabshi berkata, laporan mengenai kes berkenaan telah membuka jalan untuk masyarakat lebih faham mengenai undang-undang dan kesalahan yang dilakukan.

Iklan
Iklan

"(Bagi saya) Tak cukup macam ni, Mi pasti ramai tak tahu undang-undang dan sebab kenapa (perbuatan) ini salah, yakni kenapa ditangkap. Advokasi perlu diteruskan.

"Tapi sebagai orang dewasa, bukan boleh mudah guna ayat tak tahu. Saya juga faham dan akur kenapa rekod dan pratonton salah, sebab kes seperti ini seolah-olah normalisasikan pengantunan dalam masyarakat,” katanya dalam hantaran di Faecbook pada Jumaat.

Iklan

Beliau yang juga Pengasas PUAKPayong, iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun berkata, usaha mendidik masyarakat tentang pengantunan perlu dilakukan.

Jelasnya, tumpuan jangan hanya diberikan kepada hukuman terhadap pesalah semata-mata.

Iklan

Sebelum ini, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai ‘crush’ atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.

Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Khamis telah mengarahkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas sekolah berkenaan.

Lelaki terbabit yang berusia 24 tahun itu kemudiannya ditahan polis pada Jumaat dan direman selama lima hari sehingga 10 September depan bagi membantu siasatan.