Tiara Sunrise Beach Run

Iklan
Aksi pelari Sabah Safree Sabdin ketika mendahului dalam larian 'Tiara Sunrise Beach Run' yang berlangsung di Labuan hari ini. Seramai 321 pelari termasuk peserta dari Sabah dan Sarawak dalam dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan kategori wanita.Acara sukan larian sebegini adalah suatu yang tidak asing di pulau bebas cukai ini. Suasana pemandangan yang indah di sekitar pesisir pantainya menjadi daya tarikan kepada pembangunan budaya sukan pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) di wilayah ini. - Foto Bernama