Aksi melampau rejim Zionis dengan tahanan Palestin

Iklan
Mangsa yang merupakan seorang imam ditahan kali kedua pada bulan lalu. - Foto Agensi

TEL AVIV - Rejim Zionis sekali lagi mengundang kecaman komuniti antarabangsa apabila ia dengan bangga menayangkan kezaliman dilakukan terhadap tahanan warga emas Palestin.

Perbuatan kejam tentera Israel itu ditunjukkan kepada umum setelah imej tersebut dimuat naik ke platform media sosial pada Khamis, di tengah-tengah kes penganiayaan terhadap tahanan Palestin yang dilaporkan semakin meningkat sejak perang genosid tercetus kira-kira 11 bulan lalu.

Iklan
Iklan

Gambar itu jelas memaparkan mangsa dikenali sebagai Mahmoud Asafra, 60, dari bandar Beit Khalil di Tebing Barat dalam keadaan matanya ditutup dan dikelilingi askar Israel.

Beberapa anggota Batalion ke-92 itu turut membuat mimik muka mengejek dan menunjukkan isyarat tanda lucah.

Iklan

Agensi berita Wafa memetik kenyataan anak mangsa, Mohammad melaporkan bapanya yang merupakan seorang imam masjid ditahan sebanyak dua kali sejak Oktober lalu.

"Bapa saya didera secara fizikal dengan teruk ketika penahanan pertamanya. Dia diberkas sekali lagi selepas rumah kami diserbu pada bulan lalu,” jelas laporan itu lagi.

Iklan

Mohammad bersama ahli keluarga yang lain turut bersedih melihat keadaan bapanya yang dilayan tanpa perikemanusiaan.

Ketika ini, terdapat kira-kira 9,500 tahanan Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak dipenjarakan di Tel Aviv malah angka itu terus melonjak selepas kempen keganasan di Genting Gaza kini merebak ke Tebing Barat. - Agensi