Aktiviti seludup daun ketum di sempadan Malaysia-Thailand tumpas

Iklan
TDM berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan ketum seberat 129 kg di sempadan Malaysia-Thailand pada Jumaat. Foto TDM

PADANG TERAP - Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan ketum seberat 129 kilogram (kg) di sempadan Malaysia-Thailand pada Jumaat.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) melalui kenyataan pada Sabtu berkata, kejadian tersebut dikesan pada jam 12.20 tengahari berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan,pasukan beroperasi kemudiannya menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 43 tahun.

"Mereka ditahan bersama dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitshubishi Pajero dan dua buah motosikal Honda Wave dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati kesemua suspek telah melakukan aktiviti penyeludupan ketum dengan cara meninggalkan bungkusan ketum di beberapa kawasan di sekitar kawasan hutan sempadan Malaysia-Thailand," katanya dalam kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, pasukan beroperasi seterusnya bertindak melaksanakan serbuan di kawasan yang dimaklumkan hasil daripada soal siasat ke atas suspek dan menemui enam buah guni berisi daun ketum seberat 129 kg.

Iklan

"Turut ditemui, sebuah motosikal Honda Wave, empat buah telefon bimbit, tiga buah beg, sebilah parang dan sebuah pengecas bateri mudah alih dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM 60,320," katanya.

Kenyataan itu turut memberitahu, kesemua suspek, bungkusan dan kenderaan tersebut telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

"TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan," katanya.