Laporan kajian kesan AI terhadap pasaran kerja siap hujung September

Iklan
Steven Sim (kanan) diberi penerangan mengenai kajian sperma haiwan oleh Dekan Fakulti Pertanian Lestari UMS, Prof Dr Abdul Hamid Ahmad ketika melawat makmal penyelidikan sebelum merasmikan Forum Mengenai Masa Depan Tenaga Kerja Dalam Pertanian Lestari di UMS pada Jumaat. Foto Bernama

SANDAKAN - Laporan kajian mengenai impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap pada hujung bulan ini, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata, laporan kajian yang dibuat pihaknya itu akan menjadi panduan dalam mendepani cabaran ekonomi abad ke-21 sekali gus persediaan untuk memberi latihan kepada pekerja-pekerja di sektor terkesan.

Iklan
Iklan

Steven berkata, melalui laporan kajian itu, pihaknya juga boleh memberi tumpuan termasuk kemahiran serta pekerjaan baharu yang muncul berikutan dengan perkembangan AI.

"Sebab AI ini, mungkin ada peranan baharu, jadi kita akan beri tumpuan pada latihan-latihan yang akan membolehkan pekerja di Malaysia mendapat pekerjaan pada era AI, digitalisasi dan ekonomi hijau," katanya.

Iklan
Sementara itu, Steven berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mempunyai dana RM2.6 bilion bagi meningkatkan kemahiran serta pembangunan modal insan di negara ini.

"Dana-dana ini termasuk daripada levi-levi HRD Corp, TalentCorp, jadi kita guna pakai dana ini bagi melihat kepada pembangunan modal insan untuk mereka berdepan dengan cabaran masa kini misalnya AI, ini semua perkembangan baharu," katanya.

Steven dalam ucapannya turut berharap agar para majikan serta anak muda di Sabah mengguna pakai sumber RM60 juta yang disediakan HRD Corp untuk negeri itu pada tahun ini bagi membolehkan tenaga kerja pakar berkemahiran dilahirkan termasuk dalam sektor pertanian.

Iklan

"Di Sandakan saja, (HRD Corp) terdapat sekurang-kurangnya RM6 juta dari segi sumber untuk melatih anak muda," katanya.

Dalam pada itu, beliau menyarankan syarikat-syarikat menyertai program Akademi Dalam Industri (ADI) sebagai usaha membangunkan bakat tempatan pada masa hadapan yang mapan dan berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri.

"Insentif diberikan kepada syarikat untuk mengambil pekerja dan memberikan latihan dalam tempoh 12 hingga 18 bulan," katanya.

Steven berkata pihaknya juga dalam rancangan memperluas serta memperkukuh lagi sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terutamanya dalam KESUMA untuk memberikan kursus kemahiran yang relevan kepada industri. - Bernama