Bayi lapan bulan maut di taska

Iklan
Pita penghalang diletakkan polis di hadapan taska di Taman Kelemak Utama pada Jumaat.

ALOR GAJAH - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini, pada petang Jumaat.

Difahamkan bayi sulung dipercayai kepada pasangan suami isteri seorang pegawai tentera dan guru itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian mendapati pasukan forensik tiba di taska terbabit pada jam 7.05 petang bagi melakukan pemeriksaan lanjut berhubung kejadian.

Iklan
Iklan