Produk makanan, pertanian dirampas di lapangan terbang
Iklan
Pegawai Maqis menunjukkan produk pertanian yang dirampas.
BAYAN LEPAS - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk pelbagai produk keluaran pertanian melalui laluan penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang (LTAPP) sepanjang bulan lalu.
Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu melibatkan rampasan buah mangga, cili, rumpai laut, jambu air dan sayuran segar seberat 30 kilogram (kg).
Iklan
Iklan
Selain itu, turut dirampas produk hasilan haiwan seperti daging sejuk beku serta produk hasilan seperti itik, lembu, kambing, ayam dan babi dengan berat hampir 66 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM3,000.
Pegawai Maqis menunjukkan produk pertanian yang dirampas.
"Kesemua barangan makanan dan hasil pertanian yang cuba dibawa masuk ke negara ini tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah seperti permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis, sijil fitosanitasi dan sijil kesihatan dari negara asal.
Iklan
"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah dari Maqis adalah menjadi suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati produk pertanian itu dibawa masuk individu dari China, Singapura, Taiwan, Indonesia, Korea dan Thailand.
Iklan
Antara produk makanan yang dirampas di LTAPP.
Zarina berkata, jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan memperketatkan lagi kawalan di semua laluan pintu masuk untuk memastikan pengimportan keluaran pertanian yang berisiko mempunyai perosak dan penyakit tidak dibawa masuk dari negara luar bagi memastikan keselamatan makanan dalam negara terkawal dan selamat untuk dimakan.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam