[DIKEMAS KINI] JAGUH Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar tampil dengan aksi sensasi apabila berjaya menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Dalam perlawanan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menewaskan petarung dari Mexico itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama.
Iklan
Iklan
Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.
Dalam aksi yang didominasi sepenuhnya oleh petarung muda berusia 17 tahun itu, Jojo nyata bukan tandingan dengan siri tumbukannya berjaya beberapa kali menjatuhkan Cruz sebelum lawannya yang berusia 28 tahun itu gagal untuk bangkit.
Kemenangan itu juga berjaya menebus kekecewaan Jojo yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 168 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya.