'Malaysia boleh, Alhamdulillah' - Jojo

Iklan
Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699) selepas menewaskan Josue Cruz.

'MALAYSIA boleh, Alhamdulillah.' Itu kata-kata yang diucapkan Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar selepas berjaya menewaskan Josue Cruz secara knockout (KO) dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.

Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo berkata, Cruz memberikan tentangan kepadanya namun dia terus mengasak sekali gus berjaya menumbangkan lawannya itu pada pusingan pertama.

Iklan
Iklan

Kejayaan dilakar Jojo menyaksikan dia berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 selain berjaya meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).

Lebih manis kejayaan diraih Jojo itu turut diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.

Iklan

"Cruz berjaya mengasak saya dengan beberapa tumbukan yang baik sehingga hidung saya berdarah. Tetapi, saya tidak mengalah.

"Alhamdulillah, ALLAH yang berikan segalanya. Secara jujurnya, jika anda tanya saya, lima atau enam tahun lalu adakah saya akan berasa di posisi ini sekarang, saya yakin.

Iklan

"Saya letakkan usaha setiap hari dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya di sini.

"Sudah semestinya, Assalamualaikum orang Malaysia. Apa khabar korang. Sihat ke kat sana tu, rindu betul Malaysia. Malaysia boleh, Alhamdulillah," katanya selepas perlawanan tersebut.

Mengulas mengenai kejayaannya meraih bonus kemenangan kedua dalam kariernya, dia bagaikan tidak menyangka atas pencapaiannya itu.

"Saya pernah katakan ketika menang bonus pertama pada usia 16 tahun ia sebagai sesuatu yang gila dan sekarang saya baru berusia 17 tahun (untuk bonus kedua)," katanya.