Suspek bunuh bayi di taska direman pagi ini

Iklan
Suspek yang juga ibu kepada tiga orang anak tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.30 pagi.

MELAKA - Pengasuh wanita yang disyaki membunuh seorang bayi lelaki di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) Taman Kelemak Utama Alor Gajah di sini, direman pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, permohonan reman itu akan dibuat di Mahkamah Melaka di Ayer Keroh bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Iklan
Iklan

Terdahulu suspek yang juga ibu kepada tiga orang anak tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.30 pagi.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan dipercayai meninggal dunia di sebuah Taska di Kelemak di sini.

Iklan

Difahamkan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Sinar Harian turut melaporkan bapa kepada kanak-kanak itu Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, terkilan dan sedih kerana mangsa didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal oleh suspek.

Iklan

Mohd Fikry Amri yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan pengasuh di taska itu terhadap bayinya, Muhammad Al Fateh Mohd Fikry Amri dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.