Syed Saddiq tamatkan larian KBHM 1 jam 46 minit

Iklan
Syed Saddiq berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di Kota Bharu pada Sabtu. Foto FB Syed Saddiq

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menamatkan larian sejauh 21.1 kilometer (km) dalam tempoh 1 jam 46 minit.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menamatkan larian sejauh 21.1 kilometer (km) dalam tempoh 1 jam 46 minit. Foto FB Syed Saddiq

Iklan
Iklan

Penasihat KBHM, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Syed Saddiq menamatkan larian dalam tempoh jangka masa yang baik.

"Beliau (Syed Saddiq) beritahu saya berpuas hati dengan penganjuran porgram ini dan akan menyertainya lagi pada masa hadapan," katanya semasa sidang akhbar semasa ditemui pada Program Kota Bharu Kahf Marathon di Dewan Jubli Perak di sini.

Iklan

Menurut beliau, bagaimanapun Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) tidak dapat menyertai larian tersebut kerana mempunyai urusan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq antara berentap dalam acara larian KBHM).

Iklan

Takiyuddin memberitahu, kedua-dua mereka bakal bertarung bersama lebih 1,100 peserta bagi kategori 21.1 km.

Menurut beliau dua lagi kategori sempena Tahun Melawat Kelantan itu ialah 10km dan 5km.