Anak dirotan hingga berbirat ketika solat Jumaat

Iklan
Kesan birat akibat dirotan siak ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Gombak.

GOMBAK - Seorang ibu meluahkan rasa kesal apabila mendakwa anaknya dirotan hingga berbirat di belakang badan ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di sini.

Kejadian itu dikongsikan di media sosial Facebook mengenai pengalaman kanak-kanak dipanggil Afnan yang pertama kali menunaikan solat di masjid itu.

Iklan
Iklan

Menurut perkongsian itu, kanak-kanak itu didakwa dilibas rotan oleh siak masjid sewaktu rakaat pertama.

Perkongsian dipercayai oleh ibu mangsa yang tular di media sosial.

"Rupanya sebelum siak itu masuk saf, dia akan rotan secara rawak mana-mana budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising sebab dia risau bila dia dah masuk saf nanti tiba-tiba ada budak bising atau lari-lari.

Iklan

"Tak sangka pulak yang kena libas hari itu anak saya," kongsinya.

Perkongsian tersebut menimbulkan reaksi kurang senang pengguna media sosial yang tidak bersetuju kekerasan digunakan terhadap kanak-kanak kerana dibimbangi boleh membuatkan kumpulan itu takut untuk datang ke masjid.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Norr Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan kes tular berkenaan pada Khamis lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati pengadu seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun yang mempunyai kaitan dalam kes ini telah membuat laporan polis pada 30 Ogos lalu.

"Bagaimanapun pengadu telah menarik laporan tersebut kerana telah menyelesaikan perkara tersebut secara baik dan kes diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut," katanya.