Aman Central cungkil bakat baharu melalui Face of Aman Central

Iklan
Barisan finalis bergambar bersama pemenang Face of Aman Central di Aman Central, di sini, pada Rabu.

ALOR SETAR - Pusat beli-belah terkemuka di Kedah, Aman Central kembali dengan acara 'trendsetter' yang menawarkan pengalaman mempersona dan tidak dapat dilupakan, sekali gus menjadi acara yang melonjakkan industri pelancongan dikenali Face of Aman Central (FOAC).

FOAC membuka jalan dan memberi inspirasi kepada bakat baharu untuk menjadi 'role model', membina platform yang mencipta peluang dengan matlamat menimba pengalaman berharga.

Iklan
Iklan

Acara berprestij terbabit menampilkan barisan juri hebat termasuklah ratu cantik, Rozita Che Wan yang juga dikenali sebagai Che Ta, pereka fesyen terkenal Amazae, Seth & Luna, Khuntumn. Asyraff Arrif dan Anuar Faizal serta Guru Catwalk Malaysia, Benjamin Toong.

Acara yang julung kali diadakan turut dimeriahkan dengan persembahan Juara AF Megastar, Idayu.

Iklan

Seramai 20 finalis mempersembahkan penampilan terbaik, catwalk dan personaliti mereka melalui tiga pusingan sebelum dinobatkan sebagai FOAC.

Ken (kiri) menyampaikan hadiah kepada Muhammad Asyraf yang dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama lelaki FOAC di Aman Central, di sini, pada Jumaat.

Penolong Pengurus Besar Aman Central, Ken Chin berkata, pihaknya mencari peminat untuk menjadi duta bagi kempen 2024/2025 melalui peraduan Face of Aman Central dalam platform Aman Central yang mempunyai penglibatan tertinggi iaitu TikTok.

Iklan

"Sehubungan itu, ada yang akan berkata kami mendahului dalam segmen pusat beli-belah dari segi penglibatan pengikut," katanya.

Beliau menambah, pihaknya mengambil inisiatif ini untuk meneroka lebih banyak kesan baru luar biasa yang boleh dijayakan untuk bayi baru lahir ini iaitu FOAC.

"Untuk tahun ini, kami berhenti seketika pada Minggu Fesyen Kedah sambil memberi tumpuan kepada projek baharu ini, hanya untuk melaksanakan siri kempen tahun depan untuk meraikan perjalanan pengembaraan kami yang ke-10 -Sedekad Evolusi,"katanya.

Beliau menyifatkan, acara glamor utama ini yang membezakan Aman Central daripada yang lain, sekali gus meningkatkan lagi industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi Kedah dengan matlamat untuk mengekalkan lambang industri fesyen.

Face of Aman Central 2024 dijayakan dengan sokongan kolaborator dan rakan-rakan penaja rasmi dari BMW Lee Motors, Tomei, Watsons, Runway Productions, New Era, Carlo Rino, Edwin Jeans, Cosas United, Eco Optic, Star City Hotel Alor Setar, Sense3 Hair Studio, Swarovski, Barbara Flower Shop dan Ecobrown's.

Ken (kiri) menyampaikan hadiah kepada Sityrosli yang dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama wanita FOAC di Aman Central, di sini, pada Jumaat.

Sebelum itu, peserta, Sityrosli dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama wanita FOAC manakala, Muhammad Asyraf diumumkan sebagai pemenang hadiah utama lelaki FOAC.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, barang kemas, beberapa produk, cermin mata, pakaian berjenama, barangan fesyen, baucar tunai dan kursus permodelan Runway Productions sekali gus menjadi muka hadapan dalam kempen Aman Central 2024/2025 akan datang.

Selain itu, pemenang tempat pertama hingga ketiga menerima beberapa produk, baucar tunai, pakaian berjenama dan cermin mata.

Bagi kategori catwalk terbaik, paling berpengaruh, paling berkeyakinan dan pakaian karpet merah terbaik, pemenang membawa pulang gelang Swarovski dan baucar tunai.