Laman ArtStation tidak boleh diakses

Iklan
Laman ArtStation pada hari ini didapati tidak boleh diakses di Malaysia.

SHAH ALAM - Laman ArtStation pada hari ini didapati tidak boleh diakses di Malaysia.

Memetik laporan Amanz, tiada maklumat mengapa laman yang memaparkan portfolio seni digital ini dihalang kerana tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Iklan
Iklan

Kami menyedari laman dihalang hari ini selepas melihat ciapan yang dihantar oleh pengguna media sosial sejak awal pagi tadi.

ArtStation tidak boleh diakses menggunakan beberapa ISP utama negara seperti Time Fibre dan CelcomDigi.

Iklan

Jika URL dimasukkan ke dalam pelayar, ia tidak bergerak dengan laman seakan cuba dimuatkan beberapa kali tetapi gagal.

Satu-satunya cara untuk mengakses ArtStation ialah dengan menggunakan DNS.

Iklan

Tetapi tidak diketahui sehingga bila cara ini boleh digunakan untuk memintas halangan kerana beberapa ISP akan mula menghalang penggunaan DNS bagi mengakses laman yang dilarang SKMM.

Alasan yang diberikan sebelum ini ialah ia menghalang laman-laman lucah. ArtStation ialah laman yang digunakan artis bagi memuat naik portfolio kerja mereka bagi mendapatkan pekerjaan.

Maka impak laman dihalang ialah menyebabkan artis tempatan perlu mencari laman lain untuk memuat naik karya mereka.