Rumah sampah jadi pusat pengumpulan minyak masak terpakai

Iklan
Pusat pengumpulan minyak masak terpakai hasil inisiatif Persatuan Penduduk Taman Greenhill. Gambar kecil: Fatin memasukkan minyak masak terpakai pada corong di pusat pengumpulan minyak masak terpakai di Taman Greenhill U10.

SHAH ALAM - Ubah suai rumah sampah kepada pusat pengumpulan minyak masak terpakai secara pandu lalu bakal beri manfaat kepada penduduk Greenhill U10 dan kawasan sekitarnya.

Pengerusi Persatuan Taman Greenhill U10, Mohamad Zailani Johari berkata, idea tersebut tercetus bagi menyelesaikan isu vandalisme di rumah sampah tersebut di samping memberikan didikan kepada masyarakat menguruskan pembuangan sisa minyak masak terpakai dengan cara betul.

Iklan
Iklan
Mohamad Zailani menunjukkan tong yang akan digunakan bagi minyak masak terpakai.

Menurutnya, atas kesesedaran itu, Persatuan Taman Greenhill U10 mengambil inisiatif mengeluarkan modal sendiri bagi menyediakan kemudahan tersebut yang dianggap merupakan satu keperluan pada masa kini.

"Persatuan penduduk mendengar rintihan kaum ibu yang berdepan masalah untuk membuang minyak terpakai ini.

Iklan

"Sebelum ini kaedah digunakan adalah dengan membungkus sisa berkenaan sebelum dibuang ke pusat pengumpulan sampah.

Tanaman nanas di kawasan terbiar inisiatif di bawah Program Kebuniti Persatuan Taman Greenhill.

"Ada antaranya guna botol kaca untuk isi minyak terpakai ini yang akan pecah apabila dimampatkan dalam lori sampah seterusnya membahayakan kepada kontraktor pembersihan," katanya di Program Kebuniti Pusat Kitar Semula Minyak Masak Sabtu.

Iklan

Katanya, rentetan itu, pihak persatuan dengan kerjasama MPP Zon 20 serta KDEB Waste Management mengambil inisiatif menyediakan kemudahan tersebut bagi manfaat penduduk.

Ujarnya, konsep pandu lalu diperkenal bagi memudahkan pengguna membuang terus sisa tersebut melalui corong disediakan tanpa memerlukan bantuan tenaga kerja untuk melakukan pengawasan secara 24 jam.

Justeru katanya, pembinaan pusat kitar semula minyak terpakai itu diharap dapat digunakan penduduk Greenhill serta sekitarnya termasuk Kampung Budiman, Puncak Alam, Meru, Ijok dan Alam Budiman

"Kita nak didik masyarakat khususnya kaum ibu untuk mengumpul dan membuang minyak masak terpakai di tempat sepatutnya.

Mohamad Zailani

"Selepas ini jangan buang terus ke longkang kerana sebabkan pencemaran, buang di lokasi disediakan dan bersama-sama kita jaga alam sekitar," katanya.

Untuk permulaan katanya, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 300 kilogram (kg) sisa minyak masak terpakai terkumpul secara bulanan.

"Program akan dibuat secara sukarela dan tiada sebarang imbuhan disediakan. Wang hasil penjualan minyak terpakai ini akan digunakan semula untuk program masyarakat seperti sumbangan ke sekolah agama serta komuniti.

"Jika sambutan menggalakkan, projek ini boleh diperluaskan ke seluruh Shah Alam dan pemberian imbuhan penjualan minyak terpakai juga boleh dipertimbangkan," katanya.

Sharifah Fatin

Penduduk, Sharifah Fatin Syed Abdullah, 53, berkata, ubah suai rumah sampah kepada pusat pengumpulan minyak masak terpakai itu dilihat dapat mengatasi isu kebersihan di kawasan berkenaan.

"Usaha ini dapat menguruskan rumah sampah ini secara teratur kerana sebelum ini lokasi jadi pusat pembuangan haram yang sampahnya sampai melimpah dan tidak terjaga.

"Ia juga memudahkan penduduk yang sebelum ini tiada tempat untuk buang minyak masak terpakai ini. Bila dapat buang cara betul bukan hanya jaga alam tapi hasil kutipan nanti boleh dijana untuk program komuniti di kawasan kejiranan," katanya.

Roaidi

Seorang lagi penduduk, Roaidi Rokik, 56, berkata, pusat itu memberikan kemudahan kepada penduduk setempat yang sudah mempunyai kesedaran untuk menguruskan cara betul minyak masak terpakai.

"Sebelum ini biasanya sisa minyak ini akan dikumpul sebelum empat bukan sekali akan di buang ke pusat pengumpulan di Subang Perdana yang jaraknya mengambil masa kira-kira 20 minit.

"Saya sokong inisiatif ini kerana memudahkan penduduk dan lepas ini sisa minyak tidak lagi dibuang secara terus ke sinki yang boleh sebabkan paip tersumbat dan memerlukan kos untuk penyelenggaraan," katanya.

Pada program sama, turut berlangsung penanaman 3,500 nanas dengan kerjasama tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada Maybank Group Customer Care (MGCC) serta Majlis Perwakilan Penduduk Penduduk (MPP) Zon 20.

Penanaman atas tanah terbiar itu dirancang untuk penjualan kepada penduduk setempat selain memenuhi permintaan pembuatan jus dan tart nanas.

Fatin

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Fatin Ab Rahim berkata, pihaknya menyokong usaha dilaksanakan Persatuan Penduduk Taman Greenhill selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dipraktikkan.

"Segala program yang memberi manfaat masyarakat pastinya disokong dan program seumpama ini dapat membudayakan masyarakat untuk penjagaan alam sekitar dan juga memperluaskan konsep tanaman dalam bandar.

"Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti seperti ini dapat membantu masyarakat untuk menjalankan aktiviti.

"Saya tidak menolak untuk memperluaskan program sama di kawasan-kawasan lain supaya manfaatnya dapat dirasai bersama," katanya.