KTMB mohon maaf insiden bekalan elektrik terputus

Iklan
Sebelum ini, pada Jumaat Sinar Harian melaporkan perkhidmatan KTMB terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba sekitar 20 minit akibat gangguan teknikal.

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf atas insiden bekalan elektrik terputus melibatkan perkhidmatan KTM Komuter seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jabatan Komunikasi Strategik KTMB dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati terdapat masalah teknikal pada tren nombor 2142 yang memerlukan pemandu tren bertukar kokpit.

Tangkap layar hantaran KTMB di Instagram Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, tren tersebut sekali lagi berhenti dalam perjalanan ke KL Sentral pada jam 2.26 petang, namun kerosakan berjaya diatasi dalam tempoh lima minit.

"Berikutan video dan ciapan tular di platform TikTok oleh wartawan Sinar Harian, KTMB kesal terhadap insiden yang berlaku.

Iklan

"Tren yang terlibat bergerak dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim. Sejurus berlepas dari stesen Abdullah Hukum, tren mengalami gangguan dan menyebabkan ia berhenti semasa dalam perjalanan.

"Gerabak yang membawa seramai 160 penumpang tiba di Stesen KL Sentral dengan kelewatan 30 minit. Perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa dan sampai di Tanjung Malim pada jam 4.44 petang," katanya pada Sabtu.

KTMB mohon maaf insiden bekalan elektrik terputus. Foto klsentral.info

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan perkhidmatan KTMB terputus bekalan elektrik secara tiba-tiba sekitar 20 minit akibat gangguan teknikal.

Kejadian terbabit sempat dirakamkan wartawan Sinar Harian dalam kereta api laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim pada jam 2.10 petang.

KTMB turut memaklumkan, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan penuh kepada semua set tren bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang kembali pada masa depan.

"Kami sekali lagi memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan akan berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang," ujarnya kenyataan tersebut.