PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan dan cetakan kad pengenalan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja.
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mereka perlu kembali ke tanah air jika ingin membuat permohonan sama ada MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.