Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun dilanda kepala air

Iklan
Bomba menasihatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan peranginan itu ketika ini kerana ia tidak selamat. Foto JBPM

YAN - Hujan lebat berterusan tanpa henti selama beberapa jam mengakibatkan air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun di sini, dilanda kepala air hari ini.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Norhamidi Ali berkata, hujan itu mengakibatkan limpahan air deras melimpah memasuki kawasan rumah penduduk pada jam 12 tengah hari.

Beliau berkata, setakat ini kampung yang terjejas adalah Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Raga, Kampung Ruat dan Kampung Titi Bakong, bagaimanapun tiada mangsa dipindahkan.

Iklan

"Beberapa kampung di daerah ini dilanda banjir kilat akibat limpahan arus deras dari air terjun Seri Perigi dan Titi Hayun.

"Bagi langkah keselamatan, anggota BBP Yan bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Bomba Komuniti ditempatkan di kawasan berisiko berlaku banjir dan pemantauan berkala dilakukan.

Iklan

"Bomba menasihatkan penduduk di sekitar kawasan terbabit supaya sentiasa berada dalam keadaan berwaspada dan mengikuti arahan sekiranya diminta untuk berpindah," katanya ketika dihubungi.

Norhamidi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan peranginan itu ketika ini kerana ia tidak selamat. - Awani